Banyak sekali panduan penting yang diberikan oleh Dr. Heba Izzat, Sehinggakan saya tidak mampu menukilkannya secara bahagian-bahagian..

Lihatlah dengan teliti, pastinya bermanfaat.

akhbar melayu

______

Dr. Hebah Rauf Izzat ( Pensyarah Politik & Ekonomi di Universiti Kaherah, serta Fellow Jemputan Universiti Amarika di kaherah ) menulis :

Dasar-dasar utama buat Presiden dalam peringkat akan datang :

1- Janganlah banyak menghargai dengan memberikan kedudukan sepertimana pemerintahan dahulu, kamu boleh menghargai mereka dengan wang kamu sendiri.

2- Kedudukan sektor perlaksaan memerlukan kelayakan. Kerana disana memerlukan kepekaan pada kepelbagaian pandangan politik, dengan itu kelayakan adalah perkara utama, kemudian diikuti dengan generasi yang sederhana (wasath).

3- Mesir masih lagi menjadikan kedudukan pemerintahan pada pilihan ibu negera, dengan itu sangat penting bagi memilih nama-nama untuk kedudukan yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan geografi

4- Rakyat Mesir di luar negara bersedia untuk pulang sekiranya terdapat orang yang mahu menggunakan kemampuan mereka, serta memberikan ganjaran yang berbaloi, terutamanya kewangan dan sumber pengurusan diri.

5- Pengorganisasian sistem presiden sangat penting.. dan bersedia untuk berundur setelah tamat tempoh dalam jawatan presiden, kerana rakyat sangat menantikan pimpinan, dan telah tiba masanya untuk presiden merasai bahawa negara ini miliknya.

6- Pengurusan yang mengambil keputusan dari setiap bidang pelbagai lebih baik dari pengurusan lama yang diktator – Jangan jadikan objektif penyelesaian menghilangkan objektif pengorganisasian

7- Keilmuan dan kefahaman merupakan saluran kehidupan, dengan itu gunakanlah masa untuk membaca dan meneliti soal kebebasan, jangan semata patuh kepada apa sahaja keputusan yang berada di atas meja kamu – belajarlah bagaimana untuk mendengar dengan teliti pandangan orang yang berfikiran mudah.

8- Mulakanlah menghadap ke negara-negara selatan , mereka mempunyai pengalaman penting. Hendaklah kamu mula-mula menziarahi negara-negara benua Afrika dalam perjalanan menyampaikan masej kukuh secara dalaman dan luaran tentang kedudukan mesir dan Sungai Nil.

9- Nilai kerja dan kemuliaan pekerja merupakan jalan kemajuan.. dan tahap terendah bagi kehidupan yang mulia merupakan tanggungjawab negara, dan janganlah melihat ia perkara yang mudah.

10- Berkomunikasilah dengan negara-negara yang mempunyai pengurusan yang kukuh dan hebat dari segi kerja dan kepercayaan. Jangan mengabaikan kemuliaan negara serta rakyatnya – kedutaan-kedutaan memerlukan komunikasi yang kukuh

11- Sangat penting bagi Presiden untuk berbicara dengan rakyatnya.. dengan ucapan yang ringkas, difahami, dan jelas.. dan ucapan tentang menyempurnakan tanggungjawab, bukan berunsur kebangsaan semata-mata, bahkan diulang-ulang

12- Presiden yang banyak mementingkan urusan luar negara, dan mengelilingi bahagian utara melebihi selatan , akan hancur.

13- Rakan rapat dan keluarga kamu lebih penting berbanding musuh-musuh kamu.. kehancuran itu bermula dari orang terdekat yang disangka adalah ganjaran hebat. Syaitan bersembunyi dalam memisahkan hubungan kekeluargaan.

14- Apabila kamu hidup dalam Mesir, berjuta-juta duit berada dibawah kamu, maka tidak menjadi hak bagi kamu untuk berboros dalam kerajaan. Hidup dengan susah, dan membiarkan keindahan firaun (raja) itu sangat penting untuk mencapai matlamat.

15- Kedudukan politik dan jemaah kamu dihormati.. tetapi kemajuan itu adalah suatu yang wajib kepada negara. Negara bukanlah jemaah.

16- Golongan pemuda merupakan harapan negara, dan pendidikan pula adalah penarik kemajuan, jadikanlah ia berada dalam file presiden. Dan mulakan pembinaan negara yang bebas dan mulia dari sekolah – pentingkan guru dan ilmu.

17- Negara mempunyai kawasan dan daerah-daerah.. telah jelas dalam sejarah bahawa peranan negeri cawangan dalam pendapatan negara.. kesatuan dalam kepelbagaian sangat penting.

18- Kekuatan yang dianugerahkan kepada Mesir sudah ada, ianya adalah perkara yang sangat penting saat ini.. Mesir mempunyai kelebihan sejarah dan keilmuaan yang unik, dan juga sektor perlancongan.

19- Negara-negara pemodal yang maju bangun atas pelanggan.. hidupkan kelebihan-kelebihan bandar, dan kembalikan peranan biologi dan politik – ini adalah syarat kemajuan.

20- Ikatan diktator yang telah lama menolak pemikiran rakyat dari menerima pengasingan diri dari politik dan revolusi.. Pandangan umum adalah amanah, kekuatan, dan kemampuan.. Informasi adalah barisan hadapannya.

21- Rakyat sudah bersedia memakai tali pinggang dan merasai keperitan, seandainya presiden dan tokoh-tokohnya mahu menghidupkan cita-cita mereka... keadilan sejagat itu adalah peperangan , ia melawan hidup yang senang lenang.

22- Mesir mempunyai 12 juta orang yang tidak berupaya dan orang yang sangat memerlukan keperluan khas, antaranya berjuta-juta orang tua ... politik kemasyarakatan sangat diperlukan bagi peranan organisasi presiden

23- Keluar dari kerajaan ‘sembunyi’ kepada kerajaan berundang-undang , dan menjaga hak rakyat bagi mendapatkan maklumat merupakan persoalan yang jelas .. ianya adalah kunci keadilan dan hak-hak kemanusiaan.

24- Pengasasan keadilan memerlukan pembaikan akar umbi

25- Permasalahan negara adalah kewajipan saat ini, bukannya pemuas hati bagi satu-satu agama, atau politik, atau kaum, atau keluarga.. bahkan mereka hadir dalam suatu kerja bersama bagi membina keputusan-keputusan... berterusanlah..

26- Peralatan-peralatan kerajaan memberikan kamu nombor-nombor ekonomi tetapi ia tidak menunjukkan akaun orang yang dizalimi .. bertaqwallah kepada Allah, dan beribadahlah, maka itu kunci cahaya yang jelas (nurul basirah)

27- Pandangan orang yang bertentangan boleh jadi sebahagian dari perkara hakikat kebenaran, janganlah menolak orang yang berbeza denganmu, bahkan ambillah nasihat dari orang yang berpengalaman, dan penasihat yang amanah dari luar kerusi pemerintahan.. demikianlah orang yang mudah fikirannya..

28- Allah lebih mengetahui.. Allah pemberi hidayah..

Rujukan : Heba Raouf Ezzat