wahshi
Ja`far bin Amru bin Umayyah Adh-Dhomri bercerita:
Aku telah keluar bersama Ubaidillah bin Adi bin Al-Khiyyar, apabila kami sampai ke Hims (Sekarang Homs Syria), Ubaidillah bin Adi berkata kepadaku:  Adakah kamu berminat (berjumpa) dengan Wahshi, supaya kita dapat bertanya dia tentang (peristiwa)terbunuhnya Hamzah? Aku menjawab: Baiklah.
(lagipula,) ketika itu Wahshi tinggal di Hims, lalu kami pun bertanyalah orang ramai tentang (kedudukan) dia. Ada orang memberitahu kepada kami, bahawa dia berada di rumahnya dalam keadaan yang gemuk (makan banyak). Kami pun pergi ke rumahnya sehinggalah kami sampai dekat rumahnya, lalu kami memberi salam, lalu dia membalas salam tersebut.
Ubaidillah ketika itu melilit serbannya sehingga Wahshi tidak dapat melihatnya melainkan kedua mata dan kedua kakinya sahaja.
(Dalam sirah Ibnu Hisyam, Wahshi bertanya kepada Ubaidillah: Adakah kamu `Adi bin Al-Khiyyar?)
Lalu Ubaidillah bertanya Wahshi: Adakah kamu mengenaliku? Wahshi menjawab : Tidak. Demi Allah, Aku tidak mengenalimu, kecuali aku tahu bahawa `Adi bin Khiyyar berkahwin dengan seorang wanita yang digelar Ummu Qital, anak perempuan Abi Al-`Ish. Darinya lahirlah seorang bayi di Makkah, maka dia diminta untuk disusukan kepada orang lain, lalu aku membawa bayi itu bersama ibunya, dan aku pun menyerahkan kepadanya, seakan-akan aku melihatnya sama, jika aku dapat melihat kakimu.
Ubaidillah pun menyingkap wajahnya, dan dia berkata: Mahukah kamu ceritakan kepada kami tentang peristiwa terbunuhnya Hamzah? Wahshi menjawab: Boleh.
(Cerita Wahshi)
Hamzah telah membunuh Tuhaimah bin Adi bin Al-Khiyyar dalam peperangan Badar. Lalu tuan aku, Jubair bin Mut`im berkata kepadaku: “Sekiranya kamu dapat membunuh Hamzah yang telah membunuh bapa saudaraku, maka kamu akan bebas merdeka”.
Apabila orang ramai keluar (berperang) pada tahun `Ainain –  `Ainain adalah satu bukit kecil dibawah bukit Uhud, anataranya dan Uhud dipisahkan dengan satu wadi – aku juga keluar bersama orang ramai untuk berperang.  Apabila pasukan perang sudah berhadapan-hadapan untuk berperang, keluarlah Siba` ( Ibnu Abdul Uzza Al-khaza`i) sambil berkata: “Siapakah yang berani bertanding?”. (Mendengar seruan itu,) Hamzah bin Abdul Muttalib pun keluar dan berkata: “Wahai anak kepada Ummi Anmar, yang merupakan sebahagian dari potongan daging kemaluan wanita (satu bahasa celaan-pent)! Adakah kamu akan menentang Allah dan RasulNya?”.
Lalu Hamzah menghabisinya seolah semalam yang berlalu.
Aku bersembunyi dari Hamzah dibalik batuan besar. Apabila dia mendakat denganku, lantas aku melempar tombakku kepadanya. Tercucuklah tongkat itu di bahagian bawah perutnya sehingga menembusi antara dua lututnya.
Hanya itulah perjanjianku (lalu dia keluar dari medan perang kerana tujuannya Cuma mahu membunuh Hamzah-pent)
Apabila orang ramai telah pulang, aku pun pulang bersama mereka. Aku menetap di makkah sehinggalah Islam tersebar disana, kemudian aku keluar pula ke Taif, lalu penduduk Taif pula menghantar utusan untuk bertemu Rasulullah saw (untuk mengikat janji setia selaku Muslim-pent).
Ada orang berkata kepadaku: Bahawa Rasulullah saw tidak akan menyakiti para utusan. Lalu akupun pergi bersama utusan tersebut, sehinggalah aku sampai dihadapan Rasulullah saw. Apabila baginda melihatku, baginda bersabda: “Adakah kamu ini Wahshi?”. Aku pun menjawab: “Ya.”, baginda bertanya lagi: “Adakah kamu yang membunuh Hamzah?”. Aku menjawab: “Perkara ini, sebagaimana yang telah sampai kepadamu”. Rasulullah saw berkata: “Bolehkah kamu menjauhkan wajahmu dariku?”. Lalu akupun kembali pulang.
( Ibnu Ishak menyebut dalam kitabnya : Diberitahu kepada Rasulullah bahawa ini adalah Wahshi: lantas baginda bersabda: Berdakwahlah kepadanya, kerana aku lebih menyukai seorang yang memasuki Islam berbanding 1000 kafir yang dibunuh.- Tambahan pent)
Setelah wafatnya Rasulullah saw, muncullah Musailamah Al-Kazzab. Aku berazam: “Aku akan berusaha mencari Musailamah supaya aku dapat membunuhnya sebagai menebus kesalahanku membunuh Hamzah.”
Aku pun keluar bersama orang ramai yang mahu memerangi Musailamah. Satu kesempatan yang sangat ditunggu-tunggu.
Aku melihat seorang lelaki berdiri di celahan dinding rumah seakan-akan unta berdebu yang berambut kusut.
Aku melontar  tombakku kepadanya, lalu tercucuklah di tengah dadanya sehingga menembusi antara dua bahunya.
Kemudian seorang lelaki Ansar berhasil menyerangnya dan memenggal kepalanya dengan pedang.
(Tamat cerita Wahshi)
Abdullah bin Al-Fadhl berkata:
Telah diceritakan kepadaku dari Sulaiman bin Yasar bahawa dia mendengar Abdullah bin Umar berkata : (menyambung kisah wahshi)
Lalu seorang wanita yang berada di atas rumah itu berkata: “Amirul Mukminin (Musailamah Al-Kazzab) telah dibunuh oleh seorang budak hitam!” (dia memaksudkan Wahshi).
____________________
Rujukan : Terjemahan dari Hadis 4072 – Sahih Al-Bukhari, dalam Bab : Terbunuhnya Hamzah ra.
Penterjemah: Syihabudin Ahmad MY