Hari tu, ada nampak status seorang sahabat yang 'Berdoa untuk mati kerana mati itu best sebab itu syarat mula untuk masuk syurga'.
Hari ni, masa menyemak-nyemak Sahih Al-Bukhari, terjumpa dalil yang mengharamkan perbuatan tersebut.


Qais bercerita : Aku pernah menjenguk Khabbab, ketika itu dia sedang dirawat dengan menempel besi panas pada anggota badannya yang luka, sebanyak tujuh kali. (Khabbab diseksa dengan maha dahsyat oleh kaum Musyrikin yang memaksanya untuk keluar Islam - pent). Maka aku mendengar dia berkata : "Kalaulah Nabi tidak melarang kami memohon kematian, nescaya aku akan memohonnya."
[Direkod oleh Al-Bukhari : 6350]


Janganlah lakukan apa yang Rasulullah larang. Tapi, doalah seperti yang di ajarkan Rasulullah :


"Janganlah salah seorang dari kalian berangan-angan
untuk mati kerana musibah yang menimpanya, kalau memang hal itu harus, hendaknya dia mengatakan; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku.
[Direkod oleh Al-Bukhari : 6351]


---------------------------------------------
Doa di atas hanya dibaca ketika ditimpa kesusahan dan penderitaan sahaja. Jika tidak berada dalam keadaan tersebut, maka hukum doa untuk mati kembali menjadi Haram. Wallahu alam.
---------------------------------------------


Inilah doa yang ana doa ketika ibu ana menderita sakit kanser. Setelah beberapa minggu, ibu menghembuskan nafasnya terakhir dan ana berasa tenang kerana Allah telah membuat pilihan-Nya.