Header Ads

test

Hukum Keputihan Faraj Wanita

Soalan : "Keputihan yang keluar dari dalam faraj wanita -tidak dianggap najis selagi tidak terpisah dari tempat asalnya" Boleh jelaskan maksudnya?

Jawapan :

Keputihan atau nama Saintifiknya, Fluor Albus atau Leukore ialah suatu kondisi apabila sejenis cairan atau lendir yang berlebihan keluar dari kemaluan wanita.

Menurut Mazhab Syafie, cecair putih atau lendiran faraj yang terdapat pada kemaluan wanita mempunyai 3 keadaan :

(1) Yang masih berada di dalam faraj. Lendiran ini belum dikira najis selagimana ia belum keluar. Kira-kira, wanita tersebut duduk dan lendiran itu tidak mengalir keluar.
(2) Jika lendiran tersebut keluar dari faraj. Maka, ia menjadi najis dan perlu dibasuh.
(3) Lendiran yang keluar ketika persetubuhan. Ia adalah bersih.

[Rujuk : Mausu`ah Fiqhiah, Jilid 22, m/s : 260]

No comments

Powered by Blogger.