Ada orang kata, "Syahabudin, Kamu tidak boleh kahwin lagi!" Saya tanya : "Sebab?"... "Kamu belum ada kerja! Nak bagi anak orang makan apa?" .....

Jadi, Saya maklumkan apakah kerja saya, seperti berikut :

  • (1) Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam & Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar.
  • (2) Penulis Buku - Telah Menulis 5 Buah buku, 3 sudah diterbitkan, 2 lagi pada Febuari atau March.
  • (3) Jurulatih Kursus Penulisan Mesir.
  • (4) Penyemak Manuskrip (Sambilan) Buku Agama Malaysia

------------------

Pada saya, berkahwin itu bukanlah sekadar beri makan sahaja. Kerana makanan hanya untuk tubuh badan manusia. Satu hari nanti, tubuh itu akan ditinggalkan.

Manusia dicipta beserta roh & Jasad. Mana mungkin kita mengutamakan jasad berbanding roh, begitu juga sebaliknya.

Keduanya perlu seimbang.

Saya bimbang, kenyataan "Kamu belum ada kerja! Nak bagi anak orang makan apa?" boleh menyebabkan anak-anak muda yang sudah ditahap "Wajib Berkahwin" ini menjadi ingkar pada larangan Allah.

Hari ini, kita buka Telivisyen, kita nampak wanita dan lelaki tidak menutup Aurat. Hari ini, kita buka laptop, kita lihat lelaki dan wanita yang berciuman (Ada lebih dari itu!). Hari ini, kita buka Facebook, kita lihat gambar-gambar rakan yang berpakaian seksi-meksi.

Dunia mendesak, bahkan memegang kolar baju kita dan berkata : "Ayuh, bermaksiat!" "Ayuh, buat maksiat!" "Ayuh, lakukan sekarang!"

Apabila seorang Muslim berfikir untuk berkahwin. Untuk mendapatkan yang halal, dia ditanya :

"Ada wangkah?" "Hantaran RM 10,000 , Mas Kawin RM 1,000 , Pengurusan RM 5,000, Kenduri rumah sendiri RM 5,000"

- Sedangkan dia masih seorang pelajar!

Suatu hari, Rasulullah berucap dihadapan para sahabatnya.

"Wahai para pemuda, jika ada dikalangan kamu yang sudah mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah! Kerana perkahwinan itu akan mampu menundukkan pandangan serta memelihara kemaluan. Seandainya ada yang masih belum mampu, maka berpuasalah. Kerana puasa itu dapat menundukkan hawa nafsu"

[Direkod oleh Al-Bukhari: 1905]

Hadis di atas ditujukan KHAS buat pemuda yang dalam keadaan Harus, dan Wajib.

Harus bermakna : Dia mampu menahan nafsunya sekalipun tidak berkahwin.

Wajib bermakna : Dia tidak mampu menahan nafsunya, melainkan dengan perkahwinan.

  • - Berkahwin perlu ada wang, tetapi ia bukan segalanya.
  • - Berkahwin perlu ada cinta, tetapi ia bukan segalanya.

Kata Rasulullah :

Kamu dibangkitkan untuk memberi kemudahan, bukan kamu dibangkitkan untuk memberi kesusahan.

[Direkod oleh Al-Bukhari : 220]

Wallahu Alam.

شهاب0048