Mahasiswa yang berpolitik, lalu melupakan pelajarannya merupakan Mahasiswa yang salah dalam meletak kepentingan urusannya, atau disebut "Ketidakseimbangan Fiqh Al-Awlawiyat".

Namun, mahasiswa yang hanya berdiam diri dengan membekukan idea dan pandangan yang ada juga perlu diberi perhatian. Golongan ini cuba 'menjumudkan' pemikirannya sendiri.

Menyuruh mahasiswa tidak berpolitik, ialah satu suruhan yang perlu difikirkan semula.

Mahasiswa hari ini hidup dalam perkembangan dunia tanpa sempadan. Dia melihat aktiviti kerajaan, dia melihat kehendak Masyarakat termasuk dirinya, dia melihat projek pembangkang, dia melihat sesuatu yang dia mampu fikirkan. Apakah mahasiswa mampu membiarkan apa yang dia lihat berlalu begitu saja? Oh, Pastinya tidak!

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi membayangkan dunia hari ini sebagai sebuah kampung yang kecil, dimana orang yang di selatan dunia boleh tahu apa yang berlaku di utara dunia. Yang barat boleh tahu apa yang berlaku di timur.

Maka, pengetahuan-pengetahuan ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Bukan semua Mahasiswa mempunyai kemampuan begitu. Juga, bukan semua Mahasiswa lemah dalam berfikir dan melontarkan idea.

Ada antara mereka yang tidak patut berpolitik, kerana pelajaran (yang menjadi kepentingan utama) tidak mampu diuruskan.

Ada juga antara mereka yang patut berpolitik, kerana ideanya yang cerdas, jiwanya yang hidup, hatinya yang sedar. Juga, pelajarannya tiada masalah.

Bukannya menyuruh mahasiswa bertanding dalam dunia Politik. Pastinya tidak.

Kerajaan juga melihat serius akan hal Mahasiswa berpolitik ini, lalu mereka tubuhkan Parlimen Belia supaya menjadi medan belia (khususnya Mahasiswa) untuk membina idea-idea kepada pelan tindakan pembinaan negara.

Justeru, baik buruk Mahasiswa berpolitik itu tetap ada, tetapi kesemuanya perlu ditimbang dengan sebaik-baiknya.

"Yang tidak matang dalam berpolitik itu bukanlah mahasiswa saja, tetapi yang sudah bukan mahasiswa pun tidak matang juga. Habis, bagaimana menunggu masa matang?"

Wallahu Alam.

Pilihanraya-Umum-13-PRU-13-General-Election-13