Mahasiswa ialah penuntut universiiti yang mempunyai sisi akademik dan pintar. Jadi, janganlah menunjukkan sisi sebaliknya.


Lebihkanlah kempen agenda yang diperjuangkan parti anda. Bukan lebih-lebih mengkritik, menghina, merendah-rendahkan parti lain.


Hakikat yang kita mahu ialah, kita mengundi agenda. Bukan mengundi calon. Kerana calon boleh lompat parti macam katak. Tapi agenda itu diperjuangkan keseluruhan parti.
Parti yang lebih nampak kepada keburukan parti lain, tidak layak memerintah. Kerana mereka tiada kemampuan idea pemerintahan.


Jadi, mahasiswa yang cerdik pandai ini jangan banyak mengkritik, menghina, mengutuk, dan lain-lain.


Kempenkan agenda parti anda.


Perubahan yang kita mahukan pada pemerintahan akan datang bukan saja perubahan tampuk kepimpinan, tetapi kita mahu ubah sistem pemerintahan.


Jadi, rakyat yang bertamadun mahu tahu apakah perancangan setiap parti.


------------------
Syihabudin Ahmad.
Penulis.