Soalan :

nak tye apa ye hukum buat fb palsu...?kalau buat tu bukan tujuan jahat boleh ke...?

Jawapan :

Setiap urusan hidup manusia bermula dengan HARUS melainkan setelah datang dalil yang mengharamkannya.

Ini berbeza dengan urusan ibadat, kerana ia bermula dengan HARAM, melainkan setelah datang dalil yang mengharuskannya.

Jadi, Urusan Facebook ini menggunakan kaedah yang sama. HARUS menggunakan facebook palsu sekiranya ia tidak memudaratkan orang, tidak berniat menipu, dan menimbullkan kekacauan.

Allah Lebih Mengetahui.

facebook-fake-profile