Khilafah Islamiah yang diwarisi sejak zaman Rasulullah tumbang atas perancangan licik dari musuh Islam. Umat ketika itu lalai dan leka terhadap permasalahan utama umat Islam.


Umat yang ada ketika itu diserangi 'virus' yang menyerang seluruh penjuru roh dan jasad. Mereka tidak mahu memahami Islam dengan jelas. Ustaz dan ustazahnya berbalah pada perkara kecil. Sebilangan umat menyembah kubur dan wali-wali.


Benar kata Saidina Ali, Islam yang tidak terancang akan dijatuhkan oleh jahiliah yang terancang.


Hari ini, kita dapati umat Islam semakin hari semakin sedar akan hakikat sebenar Islam. Gerakan Islam dari pelbagai ideologi mengambil peranan dengan baik sekali.


Hari ini, kita menghirup udara kefahaman bahawa Islam tidak hanya di masjid dan Mekah sahaja. Tetapi Islam ialah ibadah dan pemerintahan, fizikal dan rohani, iman dan kerja kuat, prinsip dan kesatuan.

Hari ini, kita sedang bekerja membina generasi-generasi pembantu kemenangan. Hari ini, kita menanam benih-benih perjuangan. Hari ini, kita melihat bibit-bibit kejayaan.

Saya yakin dan percaya, kemenangan itu sangat hampir asalkan saja kita teruskan berusaha.

 

Usahalah tanpa henti, tanpa kenal penat. Apabila dugaan datang, segeralah tangkis dengan kekuatan maksima.

 

Supaya tragedi 03.03. 1924 tidak lagi berulang.

 

Bahkan, kita mahu menjulang kembali panji Khilafah yang dibakar dengan kejam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

337