❶ - Hantaran yang tinggi menjadi sebab pemuda yang ingin berkahwin melambatkan waktu pernikahan.
❷ - Kerosakan akhlak akan bertambah kerana para pemuda pemudi berhubungan tanpa apa-apa ikatan.
❸ - Orang yang tak ada duit terpaksa mengikut trend orang kaya sehingga menyebabkan kemudaratan selepas hari pernikahan.
❹ - Meningkatkan budaya hutang menghutang.
❺ - Meningkatkan budaya menunjuk-nunjuk dalam masyarakat.
❻ - Menghilangkan kehendak syarak yang mahu memudahkan perkahwinan.
.
.
Fakta ▶
● Yang wajib dalam Islam ialah Mas Kawin. Hantaran ialah hadiah sahaja.
● Mas Kawin Rasulullah kepada Isterinya ialah 400 Dirham Perak (sangat sedikit)
● Mas kawin dan hantaran bukanlah bayaran nilai untuk seorang wanita.
Mas kawin ialah satu nilai yang wajib diberi kepada Isteri kerana Islam memuliakannya. Hantaran pula adalah nilai hadiah yang tidak wajib diberi kepada Ahli Keluarga si Isteri. Pihak lelaki beri kerana dia menghargai keluarga pihak perempuan.
● Tiada had khusus untuk bayaran Mas kawin samada sedikit atau banyak.
Like ▶ www.facebook.com/SyihabudinAhmadPenulis
WallahuAlam.