▶ Jawapan : Dropshipping dibenarkan dengan mengikut etika berikut,


❶ - Agen tidak boleh dakwa barang yang dijual itu miliknya.
❷ - Agen tidak boleh berikan harga mengikut mahunya. Harga mestilah mengikut ketetapan pembekal.


▶ Fakta :


• Dropshipping ialah urusniaga tiga pihak.
- Pembekal
- Agen
- Pembeli.


• Perjanjian dibuat antara pembekal dan agen. Agen akan mempromosi barang kepada calon pembeli. Apabila pembeli mahu, dia akan bayar kepada agen atau terus kepada pembekal. Agen akan dapat untung dari perbezaan harga kos dan harga promosi.
.
▶ Risiko


• Urusniaga ini terdedah kepada larangan Nabi SAW, “Janganlah kamu menjual sesuatu yang bukan milikmu.” [Direkod oleh At-Turmizi, 1323, Sahih]


• Agen boleh mengaut untung yang berlebihan jika pembekal tidak menetapkan margin keuntungan.
.
▶ Urusniaga Tempahan


• Urusniaga Dropshipping ini mendekati jual beli dengan tempahan atau disebut, “Bai` Salam”. Namun ia berbeza dari cara penerimaan keuntunggan dan kos yang ditanggung oleh pembekal.


• Dalam Urusniaga Tempahan, kos pengurusan ditanggung oleh peniaga.


• Tempahan – Peniaga akan mempromosikan barang yang mahu dijual dengan memaklumkan jenis, bilangan, dan sifat-sifatnya. Pembeli akan bayar bayaran penuh kepada Peniaga. Tarikh penerimaan barang dan tempat serahan diberitahu dengan jelas.
.
▶ Kaedah Urusniaga lain yang boleh digunakan


❶ - Urusniaga perkhidmatan.
Agen mendapat untung dari pembeli kerana membantu pembeli mendapatkan barang. Perjanjian dibuat antara pembeli dan agen.


❷ - Urusniaga Agen/ Broker / Simsar
Agen menjual barang pembekal dengan harga yang telah ditetapkan. Setelah dapat untung, pembekal akan berikan upah kepada agen.


Like ▶ www.facebook.com/SyihabudinAhmadPenulis


WallahuAlam.