Soalan : Adakah semua perbuatan Nabi itu Sunnah?

Jawapan : Tidak semua.

Fakta :

❶ - Perbuatan sunnah bermaksud, Anda buat, anda dapat pahala. Anda tinggal, tidak ada sebarang dosa. - Ini terjemahan sunnah menurut Fiqah.

❷ - Perbuatan Nabi SAW terbahagi kepada 4 jenis,

1- Ibadat

Apa sahaja perbuatan Nabi yang dibuat bertujuan menunjukkan tertib ibadat. Seperti, cara bersolat, cara mengerjakan Haji, dan sebagainya.

2- Adat.

● Apa sahaja yang Nabi buat kerana dia ialah seorang manusia. Seperti makan, minum, berdiri, cara berpakaian, duduk, berjalan, dan sebagainya.

● Melakukan perkara adat Nabi dengan tujuan menjadikan Nabi sebagai ikutan akan mendapat pahala. Bukan pahala melakukan perbuatan itu, tapi pahala mencontohi Nabi.

3- Keistimewaan Khusus.

● Beberapa perkara yang Nabi lakukan kerana diberi keistimewaan oleh Allah SWT. Seperti, berkahwin sebanyak 9 orang isteri dalam satu masa.

● Jenis ini diharamkan dari dicontohi.

4- Perkara adat yang menyerupai ibadat.

● Seperti pergi dan pulang dari solat Hari Raya deggan menggunakan jalan yang berbeza.

● Jenis ini menjadi perbahasan para ulama. Sebahagian mengatakan ia sunnah, dan sebahagian lagi mengatakan ia harus.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.