Jawapan ▶ Persamaannya, kesemua itu ialah sesuatu yang wujud dalam alam Ghaib. Kita tidak tahu banyak berkenaan alam ghaib melainkan apa yang sudah disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah sahaja


Allah mengingatkan dalam surah Al-Israa, ayat 85,
"dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan mengenainya melainkan sedikit sahaja"."


Qorin → Syaitan yang menguasai diri manusia. Dia mengajak manusia melakukan kejahatan dan melaranng dari melakukan kebaikan.
Syaitan → Musuh manusia yang sentiasa menyuruh melakukan kejahatan dan meninggalkan kebaikan. Ia mengajak manusai berbuat maksiat dalam apa jua keadaan.
Roh → Jiwa yang hidup dalam jasad manusia.
Malaikat → Hamba Allah yang mentaati segala perintah Allah tanpa sebarang ingkar.


Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA
WallahuAlam.