Soalan : Adakah sah solat sunat Tasbih jika hanya membaca SUBHANALLAH sahaja?

▶Jawapan : Solat sunat tersebut sah. Tetapi ia tidak sempurna sepertimana kaedah solat sunat tasbih yang diajar menurut hadis.

▶ Fakta :

❶- Hadis solat sunat Tasbih direkod oleh Ibnu Majah (1299), Abu Daud (1387), dan lain-lain. Para Ulama Hadis berbeza pendapat tentang kualiti hadis tersebut.

Sebahagian mengatakan ia LEMAH seperti pendapat Syeikh Abu Ishaq Al-Huwaini, dan sebahagian yang lain mengatakan ia SAHIH seperti pendapat Syeikh Al-Albani. 

❷- Bacaan tasbih dalam solat tersebut, "Subhanallah, Walhamdulillah, Wala-Ila-Ha-Ila-Allah, WaAllahuAkbar.

Like ▶ https://www.facebook.com/SyihabudinAhmadPenulis

≡≡≡≡≡ ▶ Cara solat ✎

❐ - Solat seperti solat sunat biasa. 4 Rakaat, 2 kali salam.

❐ - Dibaca tasbih pada tempat-tempat berikut,

→Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih →Rukuk - 10 kali tasbih
→Iktidal - 10 kali tasbih
→Sujud pertama - 10 kali tasbih
→Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
→Sujud kedua - 10 kali tasbih
→Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.

❐- Bilangannya, 75 kali. Apabila dibuat sebanyak 4 rakaat, maka akan genap 300 kali tasbih.

WallahuAlam.