Soalan : Apa hukum meletak doa pada cermin dalam tandas?

▶ Jawapan : Makruh (Digalakkan untuk tidak melakukannya).

::: Fakta :::

◆ Doa tidak semestinya dari ayat Al-Quran. Jadi, ia masih tiada larangan sehingga menjadi haram.

◆ Sepertimana makruh berdoa dengan bergeraknya bibir dalam tandas, begitu juga makruh meletakkan ayat doa dalam tandas.

◆ Meletakkan ayat Al-Quran dalam tandas adalah haram sekiranya dilakukan secara sengaja.

◆ Dibenarkan membawa masuk Al Quran ke dalam tandas jika kuatir dicuri.

◆ Tidak mengapa membawa masuk telefon bimbit yang mempunyai ayat Al Quran di dalamnya.

◆ Berdoa sebelum masuk tandas dengan bergerak bibir tidak ada masalah. Tetapi tidak perlu mengangkat tangan.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.