Soalan : Apa hukum  masuk tandas dengan tidak menanggalkan rantai loket yang ada kalimah Allah?

▶ Jawapan : Makruh.

▶  Fakta :

◆ Anas bercerita,

"Apabila Nabi memasuki tandas, baginda akan menanggalkan cincinnya"

[Direkod Oleh Abu Daud, An-Nasaai, At-Turmizi dan Ibnu Majah]

◆ Pada cincin Nabi terdapat perkataan "Muhammad Rasulullah". Ada perkataan Allah di situ.

◆ Berdasarkan hadis ini, para ulama mensabitkan hukum Makruh membawa masuk apa-apa benda yang mempunyai kalimah Allah ke dalam tandas.

◆ Kedudukan hadis ini telah menjadi perbahasan panjang para ulama. Sebahagian mereka mengatakan hadis ini sahih, manakala sebahagian yang lain mengatakan tidak sahih.

◆ Bagi mengelakkan perbezaan pendapat, hendaklah kita tidak membawa sesuatu yang mempunyai kalimah Allah ke dalam tandas sebagai tanda menghormati Allah SWT dan namaNya.

Sekiranya ada orang lain yang mengambil pendapat bahawa hadis yang diguna pakai adalah tidak sahih, maka cukuplah kita berlapang dada dengan mereka tanpa menimbulkan perbalahan.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.