Soalan: Apa hukum tidur dengan kaki ke arah kiblat.

▶ Jawapan : Harus.

Fakta :

◆ Makruh tidur dengan kaki kearah Kiblat sekiranya Kaabah itu dekat seperti tidur dalam Masjidil Haram di Mekah.

◆ Harus bagi seorang Muslim untuk tidur secara berbaring atau mengiring.

◆ Makruh jika tidur meniarap berdasarkan larangan Nabi dalam rekod Abu Daud yang diceritakan oleh Ya'isy Al-Ghaffari ra.

◆ Tiada had arah untuk orang yang tidur. Tetapi digalakkan mereka tidur sepertimana gaya tidur Rasulullah.

Tidur mengiring sebelah kanan, dengan melapik tangan kanan, dan menghadap kiblat sekiranya tiada halangan.

◆ Makruh membuang air kecil atau besar dalam keadaan menghadap atau membelakangi arah kiblat. Terdapat larangan ini pada rekod Sahihain yang diceritakan oleh Abu Ayub ra.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam