Header Ads

test

Hukum Salah Membaca Al-Quran

Soalan : Benarkah saya mendapat dosa sekiranya saya membaca al-Quran dengan banyak kesalahan, sedangkan saya belum menguasai ilmu tajwid?

▶ Jawapan : Anda tidak berdosa jika membuat kesalahan kerana tidak tahu, atau masih dalam tempoh belajar.

▶ Fakta :

◆ Berdosa bagi orang yang SENGAJA baca Al-Quran dengan bacaan yang salah.

◆ Orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan menyangka ada kesalahan bacaan, tetapi tidak tahu di mana salahnya, tidak berdosa. Kerana dia masih belum berilmu secukupnya.

◆ Ramai orang marah apabila ada orang yang belum mahir membaca Al-Quran. Sedangkan Islam tidak begitu. Islam menyuruh kita kembaca Al-Quran atas kemampuan kita.

Kata Rasulullah saw,

"Orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap-gagap kerana susah (membacanya), baginya dua pahala."
- Direkod oleh Imam Muslim.

Satu pahala kerana membaca Al-Quran. Satu lagi pahala kerana bersungguh-sungguh.

《Like》 www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.