Header Ads

test

Siapa Pasangan Wanita di Akhirat kelak?

Soalan : Seorang wanita kematian suaminya. Lalu dia berkahwin lagi. Siapakah suaminya di akhirat kelak?

▶ Jawapan : Yang terakhir. Ini pendapat yang kuat berdasarkan hadis.

Fakta :

◆ Di syurga, semua manusia akan mempunyai pasangan yang mereka sukai. Tiada orang bujang di sana. 

Kata Rasulullah saw,

"Tiada orang bujang di Syurga"
- Direkod oleh Muslim.

◆ Seorang wanita yang berkahwin satu akan masuk ke Syurga bersama suaminya jika suaminya juga ahli syurga. (Rujuk Az-Zukhruf, ayat 70)

◆ Ulama BERBEZA pendapat pada wanita yang pernah berkahwin lebih dari satu. Siapakah pasangannya di Syurga nanti?

》PENDAPAT 1 : Yang paling baik akhlak.

Hujah : Jawapan Rasulullah atas soalan Ummu Habibah. Direkod oleh Al-Qurthubi. Namun, hadis ini terlalu lemah sehingga tidak mampu menguatkan hujah.

》PENDAPAT 2 : Wanita itu diberi pilihan.

Hujah : Tiada dalil hadis atau al-Quran. Pendapat ini dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Uthaimin dalam kitab fatwanya.

》PENDAPAT 3 : Suami yang terakhir.

Hujah : Cerita Muawiyah yang meminang Ummu Dardak selepas kematian Abu Dardak. Hadis ini disahihkan oleh Syeikh Al Albani, namun ia tidak lari dari kritikan yang banyak sekali.

《Like》 www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.