Header Ads

Book an appointment with SetMore

Hukum Taklid Buta

Soalan : Apa hukum ikut fatwa tanpa tahu asas fatwa itu dikeluarkan? Atau disebut, Taqlid buta?

▶ Jawapan : Harus untuk orang awam yang perlu melaksanakan fatwa itu dengan segera.

Haram pula buat orang alim atau orang yang berkemampuan untuk taklid buta.

Fakta :

◆ Hakikatnya, majoriti umat Islam bermula dengan taqlid buta dalam banyak perkara. Bermula dengan solat sehinggalah urusan nikah kawin.

Mereka ikut cara solat tanpa mereka tahu hujahnya. Mereka sekadar ikut tanpa tanya dalil ini dan itu datang dari mana.

◆ Orang Islam wajib belajar ilmu agama semampu mereka. Luangkan masa membuka buku dan bertanya ustaz atau ustazah.

◆ Orang berilmu yang tidak bergiat menyebarkan ilmu agama kepada orang ramai akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah di akhirat nanti.

◆ Islam adalah agama ilmu.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.