Soalan : Apa hukum beramal dengan satu mazhab Fiqh sahaja?

Jawapan: Harus.

Fakta :

◆ Dalam Fiqh, terdapat 4 mazhab besar ( Hanafi, Maliki, Syafii, dan Hanbali) sekalipun ada berpuluh lagi mazhab yang lain.

◆ Tidak wajib beramal dengan 1 mazhab, dan tidak wajib pula mencampur mazhab. Apa yang wajib ialah, melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

◆ Orang awam boleh beramal dengan satu mazhab sahaja kerana ia memudahkan mereka. Mereka akan menjauhi perbahasan-perbahasan yang hanya perlu menjadi isu alim ulama.

◆ Hakikatnya, mazhab orang awam ialah mazhab ustaz yang memberi fatwa kepada mereka.

Kerana ustaz itulah yang menentukan mazhab yang akan diguna pakai. Sekiranya ustaz itu berikan Fiqh mazhab Syafiie, maka orang awam itu akan mengamalkan mazhab Syafie. Begitu juga sebaliknya.

◆ Setiap umat Islam tidak boleh menyangka mazhabnya sahaja yang betul dan mazhab lain salah. Setiap mazhab itu adalah mazhab yang benar.

◆ Apabila memberi fatwa, orang alim mestilah memberikan jawapan yang memudahkan orang awam. Bagi dirinya pula, hendaklah dia menggunakan pendapat yang kuat.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.