Soalan : Apa hukum bagi orang yang bernazar apabila dia makan sembelihan nazarnya?

Jawapan ▶ Harus, sekiranya dia tidak niat halangan untuk dirinya. Seperti dia berkata,

"Aku bernazar untuk sembelih seekor kambing sekiranya aku dapat anak. Aku tak akan makan daging kambing berkenaan. Aku mahu sedekah daging kambing itu kepada fakir miskin."

▶ Fakta

◆ Ini pendapat sebahagian dari ulama Mazhab Maliki dan Syafiie. 
◆ Sebahagian ulama berpendapat tidak harus kerana ia adalah sedekah.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam