Soalan : Apa hukum mengambil berkat dengan tanah kubur para wali Allah?

▶ Jawapan : Haram dan mendekati syirik.

▶ Fakta :

◆ Boleh mengambil berkat dari tubuh dan barang yang disentuh Nabi S.A.W. sahaja.

Ini terbukti dengan perbuatan sahabat-sahabat Nabi yang mengambil berkat dari tubuh, peluh, dan air wudhuk baginda.

◆ Fikir : Para sahabat Nabi merupakan para wali yang agung. Sebahagian mereka dijanjikan syurga dengan kenyataan jelas dari Nabi SAW. Tetapi, tiada rekod menunjukkan mereka mengambil berkat antara satu sama lain.

Ini menjadi bukti bahawa hanya harus mengambil berkat dari Nabi SAW. Dalam istilah Fikah disebut (Khususiatur Rasul)

◆ Tidak juga direkodkan bahawa para sahabat Nabi mengambil berkat dari tanah kubur baginda.

◆ Harus meminta doa dari orang yang soleh kerana ia diajarkan oleh Nabi S.A.W. Orang soleh tidak semestinya seorang Ustaz.

◆  Rumusan : Sekiranya amalan itu baik, nescaya para sahabat Nabi telah dahulu melakukannya.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam