Soalan : Apa hukum orang Islam merayakan Hari Krismas?

▶Jawapan : Haram.

Fakta :

◆ Perayaan adalah ibadah. Maka, isu ibadah mestilah mendapat hujah dari sumber wahyu.

Pesan Nabi saw,

"Setiap kaum mempunyai perayaan masing-masing, sedangkan perayaan kita (umat Islam) ialah hari ini (Hari Raya AidilAdha)

[Direkod oleh al-Bukhari, 952]

◆ Wahyu telah menghadkan hari raya umat Islam hanya kepada dua sahaja. Iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.

Anas bin Malik bercerita,   ketika Rasulullah sampai ke Madinah ketika itu orang Madinh mempunyai dua hari yang mereka rayakan. Lantas Rasulullah bertanya, "Apakah dua hari ini?" mereka menjawab, "Kami merayakan dua hari ini ketika Jahiliyyah." Lalu Rasulullah berkata,

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari itu dengan dua hari yang lebih baik. Iaitu Hari Raya aidil Adha dan Hari Raya AidilFitri."

[ Direkod oleh Abu Daud, 1136]

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.