Soalan : Apa makna Ahli Sunnah wal Jamaah?

▶ Jawapan : Mereka ialah umat Islam yang menjadikn Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan. Mereka teguh atas kebenaran berdasarkan kacamata Allah dan RasulNya.

Mereka mengikut jejak langkah ibadah dan kehidupan Nabi saw, para sahabat baginda, generasi selepas itu (Tabiin), dan generasi selepas itu (Tabi` Tabiin) sehingga 300 tahun Hijrah.

Fakta :

◆ Istilah "Ahli Sunnah wal Jamaah" tidak pernah wujud di zaman Rasulullah saw. Semua umat Islam dinamakan dengan satu nama sahaja ketika itu, iaitu umat Islam.

◆ Dalam isu akidah, istilah Ahli Sunnah wal Jamaah muncul selepas 260 Hijrah setelah kemunculan pelbagai kumpulan sesat seperti Muktazilah. Ahli Sunnah digelar kepada Abu Hasan Asy-Syaari dan Abu Mansur al-Maturidi serta pengikut mereka.

Mereka mendepankan isu akidah berdasarkan panduan al-Quran, hadis, dan akal. Mereka mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat baginda.

◆ Dalam isu hadis, para ulama hadis digelar sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.