Hukum 'Program' Tahlil Arwah dan Khatam Al-Quran dengan tujuan mengutip keuntungan.

Jawapan ▶ Haram.

▶ Fakta :

◆  Fatwa Negeri Perlis :
24 Jun 2013 / 15 Syaaban 1434H

Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa:

Program tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk arwah yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang turut mengutip sumbangan daripada para pesertanya adalah suatu PERBUATAN BID`AH ang amat keji kerana memperdayakan orang ramai dengan amalan yang mengeksploitasikan zikrullah dan ayat-ayat suci al-Quran serta memperdagangkan pahala yang menyerupai amalan sukuk al-ghufran (sijil keampunan) penganut agama Nasrani.

Sabda Rasulullah SAW:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Maksudnya: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu di dalam urusan kami ini apa yang bukan darinya, maka ia tertolak.” (al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah menghalang program-program seperti ini.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.