Soalan : Apa hukum bekerja di bank yang mengamalkan sistem riba?

▶ Jawapan : Haram, melainkan dalam beberapa bidang yang harus.

Fakta :

◆ Laknat Nabi.

Jabir pernah berkata bahawa Rasulullah melaknat orang yang makan riba, pemberi makan dengan hasil riba, penulis dokumen riba, dan saksi perjanjian riba.

[Direkod oleh Muslim, 4177]

◆ Harus bekerja di bank pada kerja-kerja yang tidak melibatkan urusniaga riba secara langsung.

Seperti pencuci, maintanance, penyambut tetamu, bahagian kaunter dan sebagainya.

◆ Umat Islam digesa untuk berusaha mendapatkan rezeki yang diyakini halal. Rezeki yang halal lahir dari ketaqwaan kepada Allah.

Pesan Allah dalam At-Tholaq, ayat 2-3,

"... Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan jalan keluar padanya. Dan memberi rezeki padanya  dari arah yang dia tidak sangka... "

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.