Ketika saya memberi perkongsian ceramah di sebuah masjid, ada seorang hadirin datang bertanya,

"Ustaz, siapakah yang sepatutnya mengawal media-media masa ini dari menyebarkan hadis-hadis palsu, cerita-cerita karut terhadap Rasulullah dan para sahabat, dan jawapan 'akal' para Ustaz dan Ustazah? JAKIM dan IKIM dilihat seolahnya tidak mampu menangani isu ini."

Saya jawab,

"Dalam JAKIM, IKIM, atau media-media massa perlu ada jawatankuasa pemantau yang lebih aktif dan berilmu. Bercakap bukan atas pandangan sendiri sahaja, tetapi memberikan pandangan Allah dan Rasulullah saw."

"Apabila seorang penceramah itu sudah banyak menyebarkan kepada orang ramai tetapi bukan atas paksi ilmu, maka buanglah dia dari terus berikan penyampaian tersebut. Bimbang fitnah kepada agama."

Rasulullah saw sebut,

"Sesungguhnya berbohong atas nama aku tidak sama seperti berbohong atas nama orang lain. Sesiapa yang berbohong atas nama aku, maka persiapkanlah tempat duduknya dari api Neraka."

[Direkod oleh al-Bukhari, 1291]

"Memadailah seorang itu digelar sebagai pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang dia dengar."

[Direkod oleh Muslim, 7]

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.