Dalam sesi soal jawab Isu Kalimah "Allah", saya tegaskan bahawa,

1- Isu kita bukan pada kalimah "Allah" tetapi pada kalimah "La Ila Ha Illa Allah" - Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah.

2- Bukan isu mengatakan bahawa Allah itu Tuhan seluruh manusia, tetapi isunya ialah Allah adalah Tuhan yang hanya layak disembah, tidak ada dua atau tiga.

3- Isu Aqidah kita bukan pada kalimah "Allah" tetapi pada kalimah "La Ilaha Ila Allah"

4- Jika seseorang sudah mengatakan bahawa Tuhan mereka ialah Allah, maka ia benar. Jangan pertikaikan. Tetapi apa yang Yahudi dan Kristien salah ialah mereka telah mendua dan mentigakan Allah.

"Orang Islam bukan sekadar mereka percaya Allah sebagai Tuhan. Tetapi orang Islam ialah mereka yang menafikan Tuhan lain selain Allah, percaya kepada utusan Allah dan melaksanakan praktik selaku seorang Islam."





Kata Rasulullah saw,


"Aku diperintahkan untuk berperang dengan manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad ialah utusan Allah, mereka dirikan solat, dan tunaikan Zakat. Sekiranya mereka melakukan perkara itu maka darah dan harta mereka dibawah perlindunganku, melainkan dengan alasan-alasan hukum Islam. Sedangkan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah."


[Direkod oleh al-Bukhari, 25]

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.