Soalan : Apa hukum membaca al-Fatihah kepada si mati?

▶ Jawapan : Tidak boleh, menurut pendapat sebahagian ulama.

◆ Fakta :

1- Asal bagi perkara ibadah ialah Haram, sehinggalah datang dalil yang mengharuskannya.

2- Membaca al-Fatihah bermaksud membaca al-Quran. Membaca al-Quran adalah ibadah. Memberikan satu kebenaran untuk melakukan satu-satu ibadah mestilah bersandar kepada dalil.

3- Rasulullah hidup selama 63 Tahun, menerima wahyu selama 23 Tahun, ramai orang mati pada zaman itu, baginda menziarahi kubur sudah banyak kali, tetapi tidak direkodkan dalam satu hadis pun bahawa Rasulullah pernah membaca al-Fatihah kepada si mati.

4- Sebahagian ulama memberikan kebenaran untuk membaca al-Fatihah atau bacaan al-Quran kepada si mati. Mereka menggunakan pelbagai dalil yang bersifat Umum.

5- Tidak layak bagi seorang Muqallid untuk bercanggah pendapat dengan Mujtahid. Jadi, orang awam yang tidak mempunyai banyak asas Ilmu Akademik dalam Agama hendaklah tidak bermusuhan dalam isu ini.

◆ Penyelesaian :

- Ulama Islam bersepakat bahawa bertawasul dengan amal soleh adalah Harus. Jadi, orang yang membaca al-Quran boleh bertawasul dengan bacaan al-Fatihah atau bacaan yang lain dengan mengharapkan supaya Allah mengampunkan si mati dan menerima amalannya.

Seperti doa berikut, "Ya Allah, dengan berkat bacaan al-Quran aku ini, maka Engkau mudahkanlah urusan si mati ini."

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.