Soalan : Apakah selawat yang terbaik?

▶ Jawapan : Selawat yang terbaik ialah yang diajar oleh Nabi berdasarkan hadis yang sahih.

▶ Cerita :

Suatu hari, para sahabat Nabi bertanya, "Kami sudah tahu bagaimana mengucap salam kepadamu. Tetapi bagaimana cara kami untuk berselawat kepadamu?"

Lalu Nabi saw menjawab, "Ucapkanlah..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

 “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

[Direkod oleh Muslim, 934]

▶ Fakta : Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

“Apa yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.”

[Fathul Bari: 11/66].

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.