Apabila berlaku isu agama seperti "Guru non Muslim suruh guru Muslim buka tudung", maka bawalah ia kepada orang pakar iaitu ulama.

Apabila ulama mahu kupas isu itu, kupaslah menurut pandangan Allah dan RasulNya, bukan pandangan peribadi dan emosi.

Jika tidak kerana mahu tahu tentang pandangan Allah dan Rasul, nescaya orang tak pergi jumpa ulama.

Jangan ambil isu separuh-separuh.
Kerana umat Islam dilarang untuk buat zalim.

Allah pernah ingatkan,

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Berlaku adillah (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.

[Surah Al-Maidah, 8]

WallahuAlam.