Selepas Asar tadi, isteri saya Mimi Zaty menyambung bacaan al-Quran beliau. Hari ini, sampai ke ayat 32 surah al-Maidah.

Saya hentikan sekejap bacaan beliau pada ayat 18.
Saya minta dia ulang ayat tersebut.

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ

Maksudnya,
"Dan orang Yahudi dan Kristien berkata, Kami adalah anak-anak Allah dan kekasihNya..."

Saya pernah menyemak Tafsir al-Baghawi tentang mengapa ayat 31 Surah ali Imraan diturunkan. Ia diturunkan kerana ayat 32 surah al-Maidah.

◆ Isunya,

Umat Islam tidak memperjuangkan kalimah Allah. Al-Quran sudah mengiktiraf bahawa kalimah itu juga disebut dan diperjuangkan oleh orang Yahudi dan Kristien.

Tetapi umat Islam memperjuangkan kalimah "La Ila Ha Illa Allah - Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Selain Allah".

Kata Rasulullah saw,

"Aku diperintahkan untuk berperang dengan manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad ialah utusan Allah, mereka dirikan solat, dan tunaikan Zakat. Sekiranya mereka telah melakukan perkara itu maka darah dan harta mereka dibawah perlindunganku, melainkan dengan alasan-alasan hukum Islam. Sedangkan perhitungan terakhir mereka terserah kepada Allah."

[Direkod oleh al-Bukhari, 25]

Jangan kita lari dari isu Akidah ini.

◆ Orang bukan Islam, mereka salah kerana mengiktiraf banyak Tuhan dan sesat dalam beribadah. Apabila mereka mengiktiraf Allah sebagai Tuhan, mereka tidak salah.

Jika orang bukan Islam mengiktiraf "Hanya" Allah yang layak disembah, bermaksud dia telah Islam.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.