Seorang berkata,

"Kalau ust sudi kongsikan, bagaimana pendapat ust terhadap suasana non Muslim di malaysia mencabar orang islam sekarang. Syukran ust."

Ini jawapan saya, (bersedialah untuk berbeza.)

Umat Islam di Malaysia banyak yang 'syok' sendiri. Mereka lebel non-Muslim cabar Muslim. Sedangkan mereka bermain dengan bayang-bayang.

Non Muslim, memang layak mereka tak setuju dengan Muslim. Kerana mereka Non-Muslim. Tetapi, mereka juga manusia yang wajib difahamkan tentang agama Islam.

Bagaimana caranya? Allah sudah ajar dalam al-Quran,

"Ajaklah manusia kepada agama Tuhanmu dengan bijaksana dan peringatan yang baik. Dan berhujahlah dengan cara yang lebih baik.."

[An-Nahl, 125]

# Ajakan dengan bijaksana dan peringatan baik adalah kepada orang yang tidak berbeza dengan kita.

# Ajakan dengan berdebat, tetapi dengan cara yang lebih baik ialah kepada orang yang berbeza. Perlu lebih baik dari orang yang tidak berbeza dengan kita.

◆ Kita tak faham, lalu tidak tahu nak buat apa,
Maka kita mula menunding kesalahan kepada orang lain.

Q : Salahkah seorang Kristian mengajak orang masuk Kristian?
A : Bukankah setiap agama mahu orang masuk agamanya?

Bukan isu orang lain buat kerja,
Tetapi isunya, 'Adakah kita buat kerja?'

Mengapa marah orang ke gereja setelah dia susah mendapat bantuan Zakat dan Baitulmal?

◆ Label

Mengapa ramai orang mudah cenderung kepada agama lain?
Kerana kuatnya hujah orang bukan Islam?
Atau lemahnya kefahaman dan hujah kita?

Justeru, si lemah faham ini bertindak melebel 'Non-Muslim Cabar Muslim'.

Demikianlah yang dilakukan oleh Abu Jahal,
Apabila dia sudah tidak mampu berhujah, dia mula melebel.
Lebel Nabi Muhammad sebagai pembohong, ahli sihir, dan gila.

◆ Lemahnya Pendidikan Iman

Kita sering dimomokkan, 'Jangan baca Bible, nanti anda sesat!'

Oh, lemahnya iman kita! Setelah puluhan tahun membaca al-Quran, baru sekali baca Bible, terus sesat?

Sedangkan, Allah mencabar orang bukan Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan mereka jika mereka orang benar.

Rujuk, Al-Baqarah, 23.

◆ Faham, kemudian fahamkan orang lain.

Bukan isu orang bukan Islam cabar Islam, tetapi isunya, bilakah kita mahu sampaikan kepada mereka tentang hakikat Islam? Bilakah kita akan faham Islam ini dengan sebenarnya, lalu kita mengajak orang lain untuk faham juga?

KPI : Setiap status yang kita 'update', kita mahu orang banyak like? komen? share? atau... kita mahu mereka faham hakikat Islam?

KPI : Perbuatan kita menyebabkan orang nampak indah Islam atau buruk Islam?

Penentangan dari golongan yang ingkar itu tetap ada. Itu namanya cabaran dakwah. Tetapi perlu ingat, yang ingkar itu bukan sekadar bukan Islam sahaja, tetapi dari kalangan orang Islam pun ramai.

◆  Kalimah Allah, Keluar Isu.

Isu umat Islam bukanlah kalimah Allah, tetapi "Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Selain Allah."

Isu ini tidak menunjukkan non-Muslim cabar Muslim.

◆  Peringatan Allah,

".. Janganlah kerana kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Adillah, kerana ia lebih dekat dengan sifat Taqwa! ..."

[al-Maidah, ayat 8,]

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.