Jawapan : Harus jika ada keperluan.


[ Fakta ]

❶ Hukum asal bagi mengkasi binatang adalah tidak boleh kerana ia menyakiti binatang.

❷ Mengasi binatang kerana ada keperluan adalah Harus.

Contohnya, anjing dan kucing sudah terlalu banyak di satu tempat, lalu menggangu orang ramai dan menyebarkan penyakit.

❸ Mengasi binatang mestilah dengan cara yang tidak menyeksa binatang.

❹ Menurut Mazhab as-Syafiie,

|| Harus ▬

◆ Mengasi binatang yang halal dimakan ketika ia kecil. Dengan syarat, proses kasi tersebut tidak membawa kemudaratan kepada binatang berkenaan.

Contoh, mengasi kambing untuk mendapatkan susu yang berkualiti.

|| Haram ▬

◆ Mengasi binatang yang tidak boleh dimakan.

[ Rujuk : Mausu`ah Fi`hiyah, Jil 19, m/s 122 ]

Like ‖▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam