Rasulullah pernah berkata, 

: إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا"، وَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ" ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟


Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Kemudian, Rasulullah bercerita tentang seorang lelaki yang bermusafir. 

Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku !

Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya doanya untuk dikabulkan. '

[Direkodkan oleh Muslim]

■ Penjelasan 

Allah menyuruh kita memberikan yang terbaik kepada orang lain. Ini baru dikira sebagai pengorbanan. 

Hanya orang baik sahaja yang merasai kebaikan tersebut. Seperti orang yang makan durian menceritakan sifat kesedapan makanan tersebut. 

Kebaikan adalah abstrak. Dulu kita merasa ia satu kebaikan, tetapi bila kita sudah berubah, maka ia telah berubah. 

Contohnya, seorang artis yang merasakan hidupnya sudah terlalu baik. Kemudian apabila telah bertaubat, dia melihat kebaikan itu dari sudut berbeza.

Kebaikan menjadikan kita ada sifat al-Itsar (melebihkan orang lain berbanding diri sendiri).

Allah berkata dalam surah al-Hasyr, ayat 9

                                                        ﯽﯾ   ﯿ                  
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

قال الطَّبري: يقول تعالى ذكره: وهو يصفُ الأنصار: وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِن قبل المهاجرين، وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ يقول: ويعطون المهاجرين أموالهم إيثَارًا لهم بِها على أنفسهم وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ يقول: ولو كان بهم حاجة وفاقة إلى ما آثَرُوا به مِن أموالهم على أنفسهم.
 
■ Apabila kita istiqamah dengan Allah, maka kita akan mampu untuk beristiqamah dalam amalan.
Allah ingatkan kita dalam surah Fussilat, ayat 30, 

                                                       

"Sesungguhnya orang yang berkata Tuhan kami adalah Allah, lalu dia beristiqamah, maka kami akan turunkan malaikat kepada mereka dan menyampaikan supaya jangan takut dan sedih, bahkan bergembiralah dengan janji Syurga!"

● Makan minum yang halal

Ada orang bertanya, "Si non-Muslim itu lebih kaya. Dia tidak solatpun. Sedangkan kamu solat tetapi tak kaya juga."

Kesenangan kita tidak terhad di dunia sahaja. Ia termasuk kesenangan akhirat. Siapa yang berusaha dan bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan beri. 

Jika sekadar usaha tanpa pergantungan kepada Allah, maka kesenangan itu berupa istidraj. Pemberian Allah sedangkan Dia murka. 

Keberkatan ialah sesuatu yang sukar untuk disukat, kerana ia adalah anugerah dari Allah. 

● 4 sebab dikabul doa

1- Orang yang bermusafir
2- Kesan kesungguhan dalam pekerjaan.
3- Berdoa dengan mengangkat tangan
4- Menyebut nama Allah, Ya Rabb Ya Rabb.

Doa lelaki itu ditolak kerana pakaian dan makanannya dari harta yang haram. 

■ Kebaikan hapus dosa.

Allah berkata dalam surah Hud ayat 114,

( إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ .....َ)
"Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapuskan kejahatan dosa. "

WallahuAlam.
--------------
Perkongsian al-Fadhil Masri Abu Soed.
Pejabat Urusan Kemilau Publika SDN BHD.
14 February 2014.