Soalan : Apa hukum 'mengkhususkan' ziarah kubur pada hari Jumaat atau hari raya?

Jawapan ▶ Satu ciptaan dalam agama @ Bidaah.

Fakta :

◆ Umat Islam digalakkan menziarahi kubur pada bila-bila masa. Tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, hari Isnin atau Jumaat.

Nabi saw pernah berkata,

Lawatilah kubur, kerana ia mengingatkan kepada akhirat (kematian).
[Direkod oleh Abu Daud,  1569]

- Syeikh Syuib al-Arnauth berkomentar : Hadis ini sahih li ghairih.

◆ Umat Islam tidak boleh mengkhususkan sesuatu yang umum jika tiada dalil yang mengkhususkannya.

◆ Umat Islam digalakkan melawat kubur. Tidak terhad kepada kubur ahli keluarga sahaja, bahkan tetap mendapat pahala sunat apabila menziarahi kawasan perkuburan orang Islam yang lain.

◆ Menjadi sunat untuk berdoa seperti doa berikut apabila melintasi kawasan perkuburan orang Islam;

 السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ

"Asalamualaikum wahai kampung orang-orang yang beriman. Adapun kami ini insyaAllah akan mengikuti kamu nanti."

[Direkod oleh Muslim, 249]

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.