Jawapan ► Harus. Selepas pegang wajib sertu sebelum solat.

[Fakta]

❶- Anjing adalah najis berat menurut mazhab Asy-Syafiie.
Siapa yang pegang atau sentuh wajib bersihkan tempat sentuhan dengan 6 kali air mutlak dan satu air tanah. Kaedah ini disebut sertu.

Rasulullah berkata,

طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ

Bekas makanan kamu yang dijilat oleh anjing akan menjadi bersih apabila dibersihkan dengan tujuh kali air, salah satunya disertai tanah.

[Direkod oleh Muslim, 677]

❷-Ia hanya wajib apabila mahu menunaikan solat atau melakukan perbuatan yang mewajibkan mandi atau wudhuk.

Jika belum perlu untuk solat, maka terserah kepadanya samada mahu sertu atau menangguhkannya.

❸- Najis ialah : Kotoran yang menghalang dari sahnya solat, tidak diterima solatnya. -Syarah al-Kabir, Mazhab asy-Syafiie.

❹- Tiada larangan untuk memegang najis.

❺- Memelihara anjing dengan tujuan peliharaan adalah Haram.

Rasulullah pernah berkata,

مَنْ أَمْسَكَ كَلْبًا يَنْقُصْ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ إِلاَّ كَلْبَ حَرْثٍ ، أَوْ كَلْبَ مَاشِيَةٍ.

"Orang yang memelihara anjing, pahala kebaikannya akan dikurangi satu qirath setiap hari, kecuali anjing yang digunakan untuk menjaga ladang dan ternakan.”

[Direkod oleh al-Bukhari, 3324]

❻- Kenajisan anjing menurut mazhab lain;

[1] Hanafi : Tubuh badan anjing itu tidak najis. Tetapi cecair yang keluar dari tubuhnya seperti air liur adalah najis.

[2] Maliki : Tubuh badan anjing yang hidup itu keseluruhannya adalah bersih.

[3] Hanbali : Seluruh tubuh anjing itu adalah najis. Pendapat ini sama seperti pendapat mazhab asy-Syafie.

❼ Sebahagian ulama menggangap cara pembersihan najis anjing iaitu dengan 6 kali air mutlak dan 1 air tanah adalah sejenis kaedah yang ada pada zaman tersebut. Apabila zaman sudah berubah, teknik pembersihan adalah lebih hebat, maka dibolehkan untuk menggunakan alat penyuci yang lebih berkesan menghilangkan najis tersebut seperti sabun.

Ini adalah pendapat yang lemah kerana hadis Nabi telah jelas menunjukkan kaedah pembersihannya.

Ia mungkin releven pada waktu, tempat, atau keadaan yang lain.

Rujuk : Mausu`ah Fiqhiyah, Jilid 35 (m/s: 129) dan Jilid 40 (m/s: 73)

Like ‖▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam