Soalan : Ayat apa yang perlu dibaca selepas al-Fatihah dalam solat Taubat?

Jawapan ► Terserah anda untuk membaca apa sahaja ayat al-Quran.

#Fakta

[1] Tidak ada dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengkhususkan apa-apa ayat lazim dalam solat Taubat.

[2] Tidak ada dalil yang mengkhususkan bacaan ayat Kursi, atau surah al-Kafirun, atau surah al-Ikhlas.

[3] Menjadi sunat bagi orang yang melakukan dosa, untuk dia bertaubat dengan solat dua rakaat.

◆ Nabi saw pernah berkata,

 مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ

"Seseorang hamba yang telah melakukan dosa, kemudian dia memperelokka wudhuknya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan meminta ampun kepada Allah, nescaya dia akan diampunkan."

[Direkod oleh Ibnu Majah, 1521. Hasan]

Like ‖▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam