Header Ads

test

Soalan : Apa hukum solat SUNAT secara duduk, tidak berdiri?

Soalan : Apa hukum solat SUNAT secara duduk, tidak berdiri?

Jawapan ▶ Harus.

Fakta :

◆ Pahala orang yang solat SUNAT secara duduk walhal dia mampu berdiri tidak sama dengan pahala orang yang solat berdiri.

◆ Solat sunat dengan berdiri lebih baik.

Kata Ibnu Qudamah :

"Kami tidak pernah tahu sebarang perbezaan pendapat dalam kalangan ulama pada keharusan solat sunat secara duduk, sekalipun solat secara berdiri itu adalah lebih baik."

Nabi Muhammad pernah berkata,

“Sesiapa menunaikan solat dengan berdiri, itulah yang terbaik (afdhal). Sesiapa menunaikannya dengan duduk, baginya separuh pahala orang yang menunaikannya dengan berdiri."

[Direkod oleh al-Bukhari, 1115]

--------------------
◄{Peringatan}►
--------------------

◆ Hukum ini hanya tertakluk pada solat SUNAT. Bukan solat Fardhu.

◆ Tidak boleh solat FARDHU secara duduk, melainkan ketika sakit yang menyebabkan sukar untuk berdiri.

[Rujuk: Mausu`ah Fiqhiyah, Jil 12, m/s 157]


Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.