Ketika dihubungi oleh TV al-Hijrah sebentar tadi, Puan Irma Hasmi bertanya,

"Seringkali marah itu dikaitkan dengan sikap yang negetif, justeru adakah terdapat apa-apa kisah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam isu ini dalam buku Tangis dan Marah Nabi saw?"

Jawapan saya,

"Suatu hari, Nabi saw pernah menjatuhkan hukuman hudud kepada seorang sahabatnya Abddullah yang digelar al-Himar. Selepas hukuman dijalankan, seorang sahabat Nabi melaknat lelaki tersebut kerana terlalu marah. Lalu Nabi saw berkata, Jangan laknat dia. Sesungguhnya aku tahu bahawa dia cintakan Allah dan rasulnya."

"Isunya bukanlah marah, tetapi isunya ialah bagaimana kita menguruskan kemarahan."

WallahuAlam.