Abu Dzar bercerita, “Antara aku dan seorang lelaki telah berlaku satu pertengkaran mulut. Ibu lelaki itu adalah seorang wanita bukan Arab. Aku mendapat cercaan darinya, lalu aku mengadu kepada Rasulullah saw.

Rasulullah bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencerca si Fulan?”
Aku menjawab, “Ya.”

Rasulullah bertanya lagi, “Adakah engkau mendapat cercaan dari ibunya?”
Aku menjawab, “Ya.”

Rasulullah berkata, “Sesungguhnya engkau adalah seorang yang masih terdapat nilai-nilai Jahiliyyah.”

Aku bertanya, “Apakah aku masih ada nilai-nilai tersebut pada umur ini (tua)? Adakah ini dikira sebagai dosa besar?”

Lantas Rasulullah menjawab, “Benar. Sesungguhnya mereka adalah saudaramu. Allah menjadikan mereka berada dibawah kekuasaan kamu. Maka siapa sahaja yang Alla tetapkan saudaranya berda dalam kekuasaannya, hendaklah dia memberinya makan sebagaimana dirinya makan. Dan memberinya pakaian sebagaimana pakaian yang dia pakai. Tidak dibolehkan memberinya pekerjaan yang dia tidak mampu lakukan. Dan jika kamu mahu memberi dia tugas yang diluar kemampuannya, hendaklah kamu membantunya.”

[Direkod oleh al-Bukhari, 6050. Sahih]

Fakta

Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari menjelaskan bahawa lelaki yang bertengkar dengan Abu Dzar ialah Bilal bin Rabbah, al-Muazzin. Ruj. Fathul Bari, Jil 10, m/s : 468

❷ Mencerca sesama Muslim tidak dibenarkan. Mencerca bukan Muslim juga tidak dibenarkan. Hubungan asas antara Muslim dan Non-Muslim ialah dakwah dan akhlak baik.

Like ‖ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam