Header Ads

Book an appointment with SetMore

Kertas Kerja : Perbomohan & Pendukunan

Definisi

Bomoh (الكاهن)

Menurut Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani di dalam kitab Fathul Bari, Al-Kahin ialah

 “Perbuatan seseorang yang mengaku tahu ilmu ghaib – seperti dia memberitahu apa yang bakal berlaku di muka bumi.”

Pada asalnya, bomoh mendapat berita daripada jin yang mencuri dengar dari perbualan malaikat di langit. Kemudian mereka memberitahu bomoh. Namun setelah Nabi e diutuskan sebagai Rasul, jin sudah dihalang dari berkeliaran di langit.

Allah berkata dalam surah as-Soffat, ayat 10,

              
            10. kecuali sesiapa di antara jin-jin itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.


Dalam kitab al-Jami` merekodkan bahawa orang arab melebel nama bomoh  kepada siapa sahaja yang meramalkan sesuatu perkara sebelum peristiwa itu berlaku.

Perdukunan (العراف)

Pendukunan tidak banyak beza dengan perbomohan. Tetapi, perkataan al-`Arraf lebih menjurus kepada orang yang mendakwa tahu dengan menggunakan bukti-bukti untuk menunjukkan barang yang dicuri atau hilang.

Fakta : Orang melayu bertemu bomoh atau dukun untuk merubat sakit, meminta tangkal, dan bertanya barang hilang dan perbuatan jahat orang lain kepadanya atau ahli keluarganya.


Rasulullah  Memerangi Amalan Perbomohan dan Tukang Tilik

Nabi e tidak memandang mudah kepada isu perbomohan dan amalan-amalan mereka. Justeru itu, hadis-hadis Nabi e menunjukkan larangan Islam terhadap amalan ini.

Mu`awiyah bin al-Hakam as-Sulami bercerita, “Aku pernah berkata kepada Rasulullah e , ‘Wahai Rasulullah! Antara perkara yang kami lakukan ketika jahiyyah adalah mendatangi bomoh.’ Lantas Rasulullah berkata, ‘Jangan mendatangi bomoh.’”
(Direkod oleh Muslim, 537)

`Aisyah pernah bercerita, “Orang ramai pernah bertanya Rasulullah e tentang bomoh. Lantas baginda Nabi e berkata, ‘Kata-kata mereka itu tidak boleh dipercayai.’ Lalu mereka bertanya, ‘Wahai Rasulullah, Kadangkala apa yang mereka beritahu itu benar-benar terjadi!’ Rasulullah mengulas, ‘Kata-kata itu datangnya dari jin. Lalu dibisikkan ke telinga walinya. Lalu bercampurlah di dalamnya seratus pembohongan.’”
(Direkod oleh al-Bukhari, 5762)

LARANGAN DARIPADA MEMBERI PENGERAS

Sepertimana Nabi saw melarang umat Islam dari bertemu dengan bomoh, lalu mempercayainya, demikian jugalah Nabi saw melarang dari memberi pengeras kepada mereka. Larangan ini termasuk pengeras yang mudah, murah, dan ringan, juga pengeras yang susah, mahal, dan berat.

Ibnu Mas`ud al-Anshari berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَمَهْرِ الْبَغِيِّ وَحُلْوَانِ الْكَاهِن.
“Nabi saw melarang dari jual beli anjing, upah pelacur, dan pengeras bomoh.”
(Direkod oleh al-Bukhari)

Justeru itu, memberi apa-apa pengeras sekalipun berbentuk bayaran kepada bomoh adalah perkara yang dilarang kerana kerja yang dilakukan adalah kerja haram.

PERBOMOHAN ADALAH SUATU KEKUFURAN

Rasulullah e berkata,

مَنْ أَتَى كَاهِنًا ، أَوْ عَرَّافًا ، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.
Sesiapa yang datang kepada al-`Arraf (tukang ramal) atau bomoh, lalu membenarkan kata-katanya maka dia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad e.
(Direkod oleh Imam Ahmad)[1]

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Sesiapa yang datang kepada al-`Arraf lalu bertanya tentang sesuatu, maka tidak akan diterima pahala solatnya selama 40 hari.
(Direkod oleh Muslim)[2]

Al-Qaradhawi berkata, “…Ini adalah satu janji buruk yang menggerunkan, dituju kepada orang yang mendatangi para Dajjal itu. Sekiranya seseorang berkeyakinan bahawa para bomoh dan tukang tilik itu betul-betul mengetahui perkara ghaib, dan mampu menembusi hijab maka dia telah termasuk dalam kekufuran yang besar dan nyata, bercanggah dengan percanggahan yang jelas dengan al-Quran dan as-Sunnah.  Sekiranya dia cuma datang sahaja kepada para Dajjal itu, maka dia termasuk dalam salah satu dosa besar yang menghampiri kekufuran – semoga Allah lindungi kita dari perkara tersebut…”[3]

MENGAPAKAH MEMPERCAYAI BOMOH MERUPAKAN SUATU BENTUK KEKUFURAN?

Antara undang-undang yang telah Allah tetapkan kepada seluruh umat manusia ialah ; Perkara ghaib adalah hak mutlak Allah. Ia adalah hak eksklusif Allah. Tiada siapa yang tahu perkara ghaib melainkan Allah. Para rasul boleh mengetahui perkara ghaib dengan bantuan wahyu dari Allah, apabila wahyu sudah berhenti, maka hak eksklusif Allah sentiasa kekal.

Di sini, saya sertakan beberapa hujah tentang isu tersebut sedangkan hujah serupa itu terlalu banyak jika dikaji;

Allah berkata,
                      ﭰﭱ   
Katakanlah bahawa tidak ada yang berada di langit dan di bumi yang mengetahui urusan ghaib melainkan Allah …
(An-Naml, 65)

             ﯲﯳ 
Dan pada sisi Allah sahajalah kunci-kunci urusan ghaib, tiada yang mengetahui kunci-kunci itu melainkan Dia …
(Al-An`am, 59)

Nabi e berkata,

مِفْتَاحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ اللَّهُ لاَ يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي غَدٍ ، وَلاَ يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي الأَرْحَامِ ، وَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَمَا يَدْرِي أَحَدٌ مَتَى يَجِيءُ الْمَطَرُ
Kunci urusan ghaib ada 5, tidak ada yang mengetahuinya selain Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku esok, tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang berlaku di dalam rahim, tidak ada diri yang mengetahui apa yang akan dilakukan pada hari esok, tidak ada yang tahu di manakah dia akan mati, dan tidak ada seorang pun yang tahu bilakah akan hujan.
(Direkod oleh al-Bukhari)[4]

Penjelasan :

1.      Apa sahaja kajian yang dapat dibuktikan dengan bukti yang nampak tidak dikira sebagai perkara ghaib. Seperti kajian yang menunjukkan hari esok, hujan atau tidak. Kerana ia disandarkan kepada bukti-bukti yang nampak.

2.      Sebahagian para pentafsir lama menyatakan (( .. dan Allah sahaja yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim..))[5] sebagai mengetahui jantina anak itu samada lelaki atau perempuan. Tetapi ilmu perubatan moden sudah dapat mengetahui perkara itu dengan menggunakan alat yang canggih.

Justeru itu, pandangan yang tepat menyatakan bahawa tafsir seperti itu tidak tepat. Apa yang lebih tepat ialah pengetahuan Allah tentang alam rahim itu menyeluruh seperti kesihatan dan kesakitan, kuat atau lemah, pandai atau bodoh, hidupnya akan bahagia atau derita, dan sebagainya. Perkataan ((ما)) dalam ayat tersebut menunjukkan kepada umum.


RUQYAH, JAMPI, DAN PAKAIAN USTAZ

Ruqyah atau Rukyah (Arab: رقية, Inggris: exorcism) adalah cara penyembuhan yang digunakan dengan menjampi orang yang sakit seperti demam, pening, sengatan haiwan berbisa, dan sebagainya.

Ruqyah telah wujud sebelum zaman Nabi Muhammad lagi. Ia digunakan untuk tujuan yang pelbagai dengan berbagai cara. Justeru itu, Islam datang bagi meluruskan hal ini. Dalam Islam, asal bagi perkara ruqyah adalah Haram. Melainkan ia telah ia menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syifa` binti Abdullah telah mengamalkan ruqyah ketika Jahiliyah. Apabila datang Islam, dia berkata “Aku tidak akan ruqyah melainkan aku meminta izin kepada Rasulullah.” Lalu dia pergi bertemu Rasulullah dan meminta izin. Rasulullah pun berkata kepadanya,

ارْقِي مَا لَمْ يَكُنْ فِيهَا شِرْك
Ruqyahlah selagimana ia tidak mengandungi syirik.
(Direkod oleh Ibnu Hibban, Sahih)[6]

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani[7] menyatakan, “Ulama telah bersepakat bahawa ruqyah menjadi harus apabila terkumpul 3 syarat,

1-      Mestilah menggunakan al-Quran, atau nama-nama Allah, atau sifat-sifat Allah.
2-      Mestilah dengan lidah (bahasa) Arab atau maknanya difahami. Harus diterjemahkan kepada bahasa bukan Arab sekiranya mereka bukan dari kalangan bangsa Arab.
3-      Meyakini bahawa ayat-ayat ruqyah tidak memberi kesan, bahkan ia terjadi dengan ketentuan Allah.

Perawat : Perawat hendaklah terdiri dari kalangan orang yang muslim dan soleh supaya ruqyah yang merupakan doanya itu akan diperkenankan oleh Allah. Sekiranya perawat terkenal dengan hal-hal syirik dan khurafat, tidak mengamalkan kewajipan solat, puasa, dan zakat maka ruqyah yang disebutnya adalah penipuan dari Syaitan. Begitu juga sifat bongkak, ujub, dan sombong menjadi penghalang daripada doa dimakbulkan Allah.

Sebahagian orang yang dipanggil Ustaz menjadikan ruqyah sebagai satu jalan pendapatan. Al-Qaradhawi mengulas panjang berkenaan isu ini,

“Sejak akhir-akahir ini semakin tersebar satu jenis Bidaah yang dinamakan [Perubatan Dengan al-Quran] sehingga kita dapati ada orang membuka ((Klinik bagi Merubat Penyakit dengan al-Quran))!! Seolah-olahnya mereka mahu membuka kebodohan orang Islam dalam zaman mereka yang membangun, bahkan seolahnya mereka itu lebih tahu berbanding para sahabat, tabiin, dan orang yang berada dalam kurun yang terbaik. Seandainya ini adalah jalan yang benar dan betul, nescaya salafaul ummah akan mendahului kita.

Seandainya orang Islam (dahulu) menggunakan metodologi seperti ini, maka umat Islam yang berada dalam era kegemilangan Islam tidak akan bertukus lumus dalam bidang perubatan. Orang Eropah telah mencedok ilmu dari mereka. Sedangkan (apa yang kita lihat sekarang) buku-buku perubatan mereka telah menjadi bahan rujukan di seluruh dunia. Ramai dikalangan mereka telah terkenal tanpa tolak bandingan dalam mengumpulkan antara kepakaran bidang perubatan dan ilmu agama. Antara mereka adalah Fakhrur Razi, Ibnu Rusyd al-Hafid, Ibnu Nafis, dan sebagainya.

Rasulullah e telah meletakkan asas pemikiran perubatan yang ilmiah di atas prinsip sunnatullah pada asbab (sebab) dan musabab (penyebab). Nabi telah berubat dengan ubat-ubatan fizikal, serta menyuruh para sahabatnya berubat dengannya. Nabi juga pernah menyuruh para sahabat pergi bertemu doktor pakar yang terkenal ketika itu iaitu al-Haris bin Kaladah as-Saqafi. Nabi menjelaskan bahawa Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya, orang yang tahu pastinya akan tahu, orang yang tidak tahu pastinya dia tak tahu…”[8]


KESIMPULAN :

Dahulu, orang menyebut bomoh atau dukun sebagai perawat yang mengubat orang ramai dengan al-Quran dan bercampur dengan istilah jin dan khurafat. Sekarang ini istilah itu sudah tidak ada, atau sangat jarang ditemui. Bomoh-bomoh sekarang dikenali dengan nama Ustaz. Justeru, umat Islam keliru dalam menentukan kesahihan suatu amalan.

Islam agama yang jelas dari sudut akidah dan pendirian. Islam tidak menerima amalan syirik dan khurafat. Biar apapun nama pengamalnya, jika hakikatnya sudah melencong maka Islam melarang dari mengikutinya.




Rujukan Utama :

(1)   Mauqif al-Islam, Yusuf al-Qaradhawi (Dr), Maktabah Wahbah, Kaherah, Mesir. 2004
(2)   Khithabuna Islami Fi `Asril `Aulamah, Yusuf al-Qaradhawi (Dr), Darul Syuruq, Kaherah, Mesir. 2009


[1] Sahih menurut Syu`aib al-Arnauth. Hadis ke 9532
[2] Hadis ke 5957 atau 2230/125
[3] Ruj. Yusuf al-Qaradhawi, Mauqif al-Islam, 188.
[4] Hadis ke 1039
[5] Luqman,  34
[6] Hadis ke 6092
[7] Ruj. Fathul Bari, Jilid 10, m/s 195
[8] Al-Qaradhawi, Khithabuna Islamy, 81

No comments

Powered by Blogger.