Header Ads

Book an appointment with SetMore

►Tazkirah Bos Kemilau Publika SDN BHD | 30 Mei 2014

 (Gambar : Ustaz Rohidzir, Bos : Cik Masri, dan CEO Meat Lover 
- Diambil dari Timeline Facebook Ustaz Zahiruddin)

●❶●Masalah kita hari ini bukanlah orang kafir tetapi diri kita sendiri. Kita tidak mengamalkan Islam. Lalu kita memberi fitnah kepada Islam.

●❷●Orang jadi kafir kerana menolak nas, tetapi mereka tidak menjadi kafir apabila menolak pandangan ulama yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran.

Syariah adalah nas. Sebahagian orang menolak cara syariah ditafsirkan, tetapi mereka tidak menolak syariah.

Contohnya, mana mungkin kita mengatakan orang yang mempertikaikan pengurusan agensi Haji seperti Tabung Haji telah mempertikaikan ibadah haji.

Begitu juga isu hudud ditafsirkan. Orang menolak cara hudud ditafsirkan, tetapi mereka tidak menolak hudud.

Sekarang sudah ada sebahagian umat Islam sudah mula mengkafirkan sesama mereka. Sebahagian parti tidak mahu solat di belakang imam parti lain kerana imam itu menolak cara hudud ditafsirkan dalam parti lawan.

Tidakkah kita dapat mengambil pelajaran dari kisah Ibnu Abbas yang bersolat di belakang Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi sedangkan si Hajaj itu terkenal sebagai seorang pemerintah yang zalim, yang membunuh para ulama!?

●❸● Politik adalah kebijaksanaan dalam memimpin. Lihatlah contoh di Mesir dan Turki. Umat Islam di Mesir yang terlalu kuat berkempen untuk mengangkat Syariah sehingga menyebabkan perjuangan mereka ditentang habis-habisan dan ramai yang terbunuh (sekalipun mereka semua adalah sebahagian dari Syuhada`).

Lihat di Turki, mereka melaungkan slogan sekular tetapi mereka mampu menerapkan nilai Islam dalam negara mereka. Dahulu wanita tidak boleh bertudung, sekarang sudah boleh. Mereka tidak ada hutang di bank dunia. Inilah contoh Islam dalam neraca politik moden.

●❹●InsyaAllah minggu hadapan buku “Umdatul Ahkam” akan sampai dari pencetak. Maka setiap orang hendaklah ambil satu dan baca. Ia buku yang bermanfaat dalam mempelajari agama kita.

Kata ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, “…dalam rumah kita pastikan ada 3 buah buku. Buku Sirah, riyadhus solihin, dan hadis 40…” alhamdulillah Kemilau sudah menerbitkan buku Sirah Nabi (Ar-Rahiq al-Makhtum), dan Syarah Hadis 40.

●❺●Amal yang kita lakukan hari ini adalah untuk menghadapi hari akhirat. Sultan yang berumur 80 juga boleh mati, dan dia akan bertemu dengan raja segala raja pula nanti.

WallahuAlam.

No comments

Powered by Blogger.