Header Ads

test

Jihad Menentang Orang Tengah? Benarkah Jihad ...

Tiba-tiba muncul isu "Jihad Menentang Orang Tengah". Maka ramailah peniaga yang mula menyemarakkan kempen tersebut. Dalam sektor perikanan, perladangan, penternakan, dan sebagainya.

Mereka berpendapat bahawa orang tengah menzalimi mereka. Tetapi, adakah semua? Kerana sikap sebahagian orang tengah, lalu kamu melaungkan istilah yang berbentuk Islamis : Jihad?

Fakta : Sebelum ditabalkan sebagai seorang nabi, Muhammad saw menjalankan perniagaan dengan menjadi orang tengah. Baginda mendapatkan hasil perniagaan dari pengeluar, kemudian menjualnya kepada trader di beberapa buah negara khususnya Syam.

Majoriti umat Islam yang datang berdakwah ke pelusuk negara termasuk ke Tanah Melayu berperanan sebagai orang tengah dalam perniagaan.

Fungsi orang tengah dalam perniagaan juga sebenarnya sudah dijalankan oleh pemborong, pengedar, stokis, pedagang, peruncit, pengimport dan pengeksport. Mereka pemudah cara dalam perniagaan.

Bagaimana anda mahu berjihad menentang mereka? Adakah anda mahu menentang mereka kemudian anda mahu jadi diri mereka pula?

Islam mengiktiraf orang tengah dalam perniagaan. Lalu muncullah beberapa istilah seperti Broker (Simsar), Perniagaan al-Istisna` (ambil barang terus dari kilang) dan sebagainya.

Masalah yang berlaku bukanlah sistem orang tengah, tetapi kesalahan pada sifat amanah. Maka, berjihadlah menentang orang yang tidak amanah dalam perniagaan.

WallahuAlam.

______
Ustaz Syihabudin Ahmad - USA,
Sungai Buloh, Selangor.

No comments

Powered by Blogger.