Soalan: Apa hukum memberikan daging korban kepada orang bukan Islam?

▶Jawapan: Harus.

Penjelasan: Tidak menjadi satu kesalahan ataupun dosa apabila memberikan daging korban atau sedekah kepada orang bukan Islam, apatah lagi apabila mereka adalah ahli keluarga, jiran dan orang miskin. Ia berdalilkan keumuman ayat 8 surah al-Mumtahanah,

◆ Allah berfirman: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

◆ Syeikh Ben Baaz berkata: Orang kafir yang tiada perang antara mereka dan kita adalah seperti orang yang mendapat jaminan keamanan dan orang yang berada dalam perjanjian; mereka diberikan daging korban dan juga sedekah. - Majmu` Fatawa.

Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuA`lam.