Sangat malang bagi hidup insan apabila dicabut rasa benci kepada kemaksiatan dalam dirinya. Bahkan dia pula merasa perbuatan baik itu sesuatu yang merugikan.

Iman.. mendorong manusia ke jalan kebaikan. Beruntung orang yang sentiasa memelihara imannya.

Allah Taala berkata,

"... (dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci;..."

- Al-Hujurat: 7