Dikatakan bahawa Rasulullah berkata;

لَا تَكُونُوا إِمَّعَةً ، تَقُولُونَ : إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا ، وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا ، وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ ، إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا ، وَإِنْ أَسَاءُوا فَلَا تَظْلِمُوا

“Janganlah kalian menjadi orang yang imma’ah (tidak punya pendirian) yang hanya berkata, ”Saya bersama masyarakat. Jika masyarakat baik, maka saya juga baik. Demikian pula, jika masyarakat buruk, saya juga buruk.” Akan tetapi teguhkan pendirianmu, jika masyarakat berbuat baik, maka berbuat baiklah. Dan jika masyarakat melakukan keburukan, maka tinggalkanlah keburukan mereka.”

(HR At-Tirmizi : 2007)

Hadis ini tidak cukup kuat untuk disandarkan secara mutlak kepada Nabi SAW sekalipun makna dan hikmahnya sangat baik untuk diteladani.
  • Al-Albani mengatakan hadis ini Dhoif dalam kitabnya "Dhoif at-Tirmizi". Kemudian beliau menegaskan bahawa ini adalah kenyataan Abdullah bin Mas`ud bukan Rasulullah. Wallahua`lam. 
Rujukan ahli ilmu: http://islamqa.info/ar/137155