Telah tersebar sebuah hadis palsu yang mengatakan bahawa Rasulullah berkata:

نوم العالم خير من عبادة الجاهل

“Tidurnya manusia alim lebih baik, daripada ibadahnya  manusia yang jahil.”  

Ia bukan hadis Nabi SAW, bukan juga kata-kata para sahabat Nabi SAW. Ia adalah pendustaan atas nama kebaikan lalu disandar kepada Nabi SAW. 

Hadis palsu ini tidak dijumpai dalam kitab ahli sunnah, tetap dijumpai dalam kitab Syiah, antaranya al-Biharul Anwar. Sanadnya juga bermasalah.; Rujukan asatizah: http://islamqa.info/ar/171514

Di dalamnya juga dimasukkan kisah yang popular tetapi tidak sahih, 


“Suatu hari, tatkala Rasulullah saw hendak masuk kedalam masjid, baginda melihat iblis sedang berdiri di hadapan pintu masjid. Rasulullah saw pun menegurnya, “Wahai iblis, apa yang kamu lakukan di sini?” 

Iblis menjawab, “Aku hendak masuk ke dalam masjid untuk merosakkan solat manusia yang sedang khusyuk itu. Akan tetapi, aku takut kepada manusia yang sedang tidur ini.” Rasulullah saw bertanya, “Kamu lebih takut kepada manusia yang tidur itu, daripada manusia sedang solat dan bermunajat kepada Allah?” 

Iblis menjawab, “Wahai Muhammad. Ketahuilah bahawa manusia yang sedang solat di dalam masjid itu adalah manusia bodoh (tidak mengerti tentang syarat rukun solat dan tidak fokus dalam mengerjakan solat). Untuk merosak solatnya sangat mudah bagiku. Tetapi anusia yang sedang tidur ini adalah manusia yang alim.  Jika aku merosak solat manusia yang bodoh itu, aku khuatir dapat membangunkan manusia alim yang sedang tidur ini, kemudian dia akan mengajar dan membetulkan solat manusia yang bodoh tersebut. Jika perkara itu terjadi, maka susah bagiku merosak solatnya.” 

Rasulullah saw bertanya lagi, “Jika terhadap manusia alim yang tidur pun takut, bagaimana pula dengan manusia alim yang sedang beribadah?” Iblis menjawab, “Wahai Muhammad. Sungguh aku merasa kecewa menggoda manusia alim yang ahli ibadah. Bagiku ibadah manusia bodoh lebih memudahkan diriku untuk menggodanya daripada tidurnya manusia alim. Dan merosak ibadah satu manusia alim ahli ibadah jauh lebih sukar daripada merosak ibadah seribu manusia bodoh.”   

WallahuA`lam.