Buku Aqidah Imam 4 Mazhab : 


Mula membaca dengan bab Imam Asy Syafiie. Dalam muqaddimah, diceritakan kehidupan imam Asy Syafiie yang susah. Beliau dibesarkan dengan kesusahan atas keluarga yang miskin sekalipun dia berketurunan Abdul Mutalib,datuk Nabi ٍٍSAW

Dalam kesusahan itu, dia tidak dapat kelengkapan dan alat bantuan pengajian yang sempurna. Tetapi keinginan belajar menjadikan dia seorang ulama sanjungan zaman berzaman. 

Imam asy Syafiie bercerita: 

"Aku dilahirkan dalam keadaan yatim (tiada bapa) dalam bilik ibuku. Dia tidak mampu memberikan (mengupah) seorang guru. Ada seorang guru yang redha (tanpa bayaran) untuk aku mengiringinya apabila dia mengajar. Apabila telah selesai pengajian al-Quran, aku masuk ke masjid. Di situ terdapat ramai ulama. Akupun menghafal hadis dan pelbagai masalah (fikah). 

Rumah kami di Mekah adalah daripada kayu pokok, aku lihat pada batangnya yang beralun, lalu aku tuliskan padanya hadis dan masalah (fikah yang dihafal). Di rumah kami juga ada bekas balang lama, apabila tiang-tiang kayu sudah penuh (dengan tulisan) maka aku akan tulis pula pada balang."

Isunya bukan susah,
Tetapi kemahuan yang kuat.